~hati ini~

sekadar coretan... pabila hati berkata-kata dan meluah rasa..

Thursday, 4 August 2011

sang pencinta

salam..

hari ni sempat menjengah blog2.. saje isi mase dgn membaca kisah perjalanan hidup hamba Allah di bumi-Nya.. macam-macam cerita.. gembira ada, sedih pun ada.. tp yang paling menarik dan tercuit hati dengan coretan seorang pencinta ni.. amat kagum dengan kesetiaan dan kecintaannya pada yang dipuja.. kisahnya bertahun-tahun, tp rasa hatinya tetap sama.. masih ada insan sesetia itu.. kisah cinta si adam untuk si hawanya..

Sunday, 31 July 2011

Ramadhan datang lagi...

Salam..
Alhamdulillah masih berkesempatan bertemu Ramadhan kali ini..
Bulan yang penuh kisah suka, duka, pahit, manis dalam kehidupanku..

Hiba rasa hati setiap kali Ramadhan tiba.. masih terkenang kisah Ramadhan 1429H..
Tika itu, Ramadhan penuh dengan emosi.. Pertama kali berpuasa jauh dari si dia yang amat kucinta.. Dia juga yang memberi semangat, 'xpe, thn nie jer.. thn dpan, ada rezeki kita puasa sama2 ye..' memujuk hati sang isteri yang manja.. Berjauhan, tetapi, kasih sayang tetap utuh.. Hujung minggu, pasti bertemu.. Si isteri akan pulang kepangkuan sang suami..

Namun, tidak disangka.. ketentuan-Nya, memang tiada lg thn depan seperti yang diucapnya.. 14 Ramadhan dia dijemput oleh-Nya.. Dia pergi buat selamanya... Luluh hati si isteri.. Seluruh kekuatannya dibawa pergi.. Jiwa si isteri seolah2 kosong, tidak terisi.. tidak tahu di mana dan bagaimana hendak memulakan semula.. Hanya mereka yang melaluinya akan mengerti..

Pemergiannya masih membuatkanku hiba.. hingga kini, tahun silih berganti.. namun, ingatanku tetap padanya.. ingin sekali kuucap padanya;
'Abang, baju raya yang abang beli utk kite, masih lagi kite simpan.. baju melayu abang pun ada.. cantik sgt baju yang abang beli thn tu.. warna cream sedondon.. sayangnya, kita x sempat bergambar bersama menyambut raya dengan baju sedondon tahun tu.. Abang, anak kita masih ingat kat abang, walaupun masa tu dia masih terlalu kecil umurnya.. Anak kita dah 4 tahun, 3 tahun membesar tanpa abang.. Tapi, dia masih ingatkan abang.. Dia ingat abang selalu bawak dia ronda2 naik motor, dia cam lg motor abang, walaupun motor tu dah lama letak kat kg abang.. Abang, kadang2 rindu rasanya nak ucap 'rindu abang, sayang abang' mcm yang kite ucap tiap2 hari dulu.. Abang, kali ni memang rasa ni x tertanggung, RINDU yang tiada berpenghujung.. Moga abang aman disisinya..'

Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan untukku.. Permudahkanlah urusanku untuk beribadah di bulan-Mu yang mulia ini.. Moga Ramadhan kali ini dilimpahi rahmat-Mu ya Allah.. Amin..

Wednesday, 22 June 2011

dia, aku dan keliru..

dia lagi..
masih mengharapkah dia? walaupun hati ini masih belum terbuka untuknya, dia masih di situ.. mungkinkah masih menunggu? kejamkah aku membiarkan dia terus di situ? tapi.. yakinkah dia bahawa aku yang dia cari? pastikah dia bahawa aku yang dia harapkan? atau.. dia hanya diam di situ berfikir..melayan perasaan? sedang dalam hatinya sendiri tidak pasti?..

aku?
masih dengan keputusanku.. belum berubah.. entah bila akan berubah..? benar, tiada gunanya mengenang kisah lalu.. tapi, entah kenapa hatiku masih begitu.. teguh dan utuh cintaku pada yang telah meninggalkanku... apakah aku risau akan pudar cinta dahulu jika ada yang baru? mungkin....

keliru..
perasaan itu terus bertamu.. aku masih tidak pasti.. masih keliru.. sukar bagiku..
harapanku..
jika benar dia untukku, bukakanlah jalan itu.. moga cahaya-Mu akan menerangi jalan itu..
namun, jika dia bukan untukku, atau mungkin tiada lagi cinta yang lain untukku,
aku tetap redha..
sesungguhnya, hanya Engkau Maha Mengetahui..

Sunday, 19 June 2011

hati ini

hati ini bergelora lagi...
hati, minda, tindakan tidak lagi bersatu..
tidak tahu.. tidak pasti..
yang tersirat, yang tersurat..
mungkin perlu ruang, perlu peluang..
hati ini masih tidak pasti..

hanya dia...

Entah kenapa hati ini tidak pernah melupakan dia.. Tiap hela nafas, tiap detik hanya merindukan dia.. Mungkin kerana dia adalah cinta padaku.. Mungkin kerana terlalu sayang dia dan aku..

3 tahun dia meninggalkan aku, tidak sedikit pun melunturkan kasih dan cintaku padanya.. Namun, apa yang aku tahu, dunianya dan duniaku kini berbeza... Kenangan bersamanya akan tetap utuh walaupun kisah kita hanya sementara..

Mungkin adakah ruang lagi untuk cinta yang lain? Aku sendiri tidak dapat memastikannya.. Air mata ini masih belum kering tiap kali aku mengingati dia... Aku tahu, aku tidak harus terus bersedih.. Aku perlu redha..

Namun, apakan daya.. Aku insan biasa yang kesepian bila cintaku itu pergi buat selamanya.. Adakah lagi peluang untukku bertemu dengannya? Aku tidak tahu.. Mungkin di dunia yang berbeza? hanya Allah yang mengetahuinya... Yang aku pasti, sayangku ini masih padanya..

Ya Allah, aku tahu, berdosa bagiku jika mendustakan takdir-Mu.. Namun ya Allah, hatiku ini masih terlalu kerdil dan lemah untuk menghadapi setiap ujian-Mu.. aku merayu pada-Mu ya Allah, bantulah aku.. Cekalkanlah hatiku.. Bimbinglah aku ya Allah... hidupku perlu diteruskan, aku punya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.. Ya Allah, perkenankanlah doaku.. Amin..~

Thursday, 2 June 2011

buka hati & minda..

camner ek nak jd positif?
hmm.. just nak share what i've found out today.. ;)

firstly..
maafkan smua org di sekeliling anda.. sbb, bila kita dah maafkan smua org, tiada lg benci.. hmm.. jgn ada benci ;)

secondly..
buka hati dan minda.. jgn limitkan pemikiran.. maybe u can try something new today..

thirdly..
doa.. minta kpd-Nya.. tp klau soal jodoh, jgn limitkan doa utk certain people jer.. e.g: ya Allah, engkau jodohkanlah aku dgn si polan.. lg baik berdoa: ya Allah, engkau dekatkanlah jodohku dgn jodoh yang terbaik bagiku..

4thly..
berkawan la dgn org2 yg sentiasa positif.. biasanya kuasa/pengaruh kawan nih kuat..

lastly..
seeenyuuummm... ;) bgn tdo jer senyum.. tgk muka kat cermin, senyum & kata pd diri sendiri.. today gonna be a great day! sbb.. mood di pg hari akan mempengaruhi mood sepanjang hari..

wokeh.. that's all 4 today.. ;>