~hati ini~

sekadar coretan... pabila hati berkata-kata dan meluah rasa..

Wednesday 22 June 2011

dia, aku dan keliru..

dia lagi..
masih mengharapkah dia? walaupun hati ini masih belum terbuka untuknya, dia masih di situ.. mungkinkah masih menunggu? kejamkah aku membiarkan dia terus di situ? tapi.. yakinkah dia bahawa aku yang dia cari? pastikah dia bahawa aku yang dia harapkan? atau.. dia hanya diam di situ berfikir..melayan perasaan? sedang dalam hatinya sendiri tidak pasti?..

aku?
masih dengan keputusanku.. belum berubah.. entah bila akan berubah..? benar, tiada gunanya mengenang kisah lalu.. tapi, entah kenapa hatiku masih begitu.. teguh dan utuh cintaku pada yang telah meninggalkanku... apakah aku risau akan pudar cinta dahulu jika ada yang baru? mungkin....

keliru..
perasaan itu terus bertamu.. aku masih tidak pasti.. masih keliru.. sukar bagiku..
harapanku..
jika benar dia untukku, bukakanlah jalan itu.. moga cahaya-Mu akan menerangi jalan itu..
namun, jika dia bukan untukku, atau mungkin tiada lagi cinta yang lain untukku,
aku tetap redha..
sesungguhnya, hanya Engkau Maha Mengetahui..

Sunday 19 June 2011

hati ini

hati ini bergelora lagi...
hati, minda, tindakan tidak lagi bersatu..
tidak tahu.. tidak pasti..
yang tersirat, yang tersurat..
mungkin perlu ruang, perlu peluang..
hati ini masih tidak pasti..

hanya dia...

Entah kenapa hati ini tidak pernah melupakan dia.. Tiap hela nafas, tiap detik hanya merindukan dia.. Mungkin kerana dia adalah cinta padaku.. Mungkin kerana terlalu sayang dia dan aku..

3 tahun dia meninggalkan aku, tidak sedikit pun melunturkan kasih dan cintaku padanya.. Namun, apa yang aku tahu, dunianya dan duniaku kini berbeza... Kenangan bersamanya akan tetap utuh walaupun kisah kita hanya sementara..

Mungkin adakah ruang lagi untuk cinta yang lain? Aku sendiri tidak dapat memastikannya.. Air mata ini masih belum kering tiap kali aku mengingati dia... Aku tahu, aku tidak harus terus bersedih.. Aku perlu redha..

Namun, apakan daya.. Aku insan biasa yang kesepian bila cintaku itu pergi buat selamanya.. Adakah lagi peluang untukku bertemu dengannya? Aku tidak tahu.. Mungkin di dunia yang berbeza? hanya Allah yang mengetahuinya... Yang aku pasti, sayangku ini masih padanya..

Ya Allah, aku tahu, berdosa bagiku jika mendustakan takdir-Mu.. Namun ya Allah, hatiku ini masih terlalu kerdil dan lemah untuk menghadapi setiap ujian-Mu.. aku merayu pada-Mu ya Allah, bantulah aku.. Cekalkanlah hatiku.. Bimbinglah aku ya Allah... hidupku perlu diteruskan, aku punya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.. Ya Allah, perkenankanlah doaku.. Amin..~

Thursday 2 June 2011

buka hati & minda..

camner ek nak jd positif?
hmm.. just nak share what i've found out today.. ;)

firstly..
maafkan smua org di sekeliling anda.. sbb, bila kita dah maafkan smua org, tiada lg benci.. hmm.. jgn ada benci ;)

secondly..
buka hati dan minda.. jgn limitkan pemikiran.. maybe u can try something new today..

thirdly..
doa.. minta kpd-Nya.. tp klau soal jodoh, jgn limitkan doa utk certain people jer.. e.g: ya Allah, engkau jodohkanlah aku dgn si polan.. lg baik berdoa: ya Allah, engkau dekatkanlah jodohku dgn jodoh yang terbaik bagiku..

4thly..
berkawan la dgn org2 yg sentiasa positif.. biasanya kuasa/pengaruh kawan nih kuat..

lastly..
seeenyuuummm... ;) bgn tdo jer senyum.. tgk muka kat cermin, senyum & kata pd diri sendiri.. today gonna be a great day! sbb.. mood di pg hari akan mempengaruhi mood sepanjang hari..

wokeh.. that's all 4 today.. ;>