~hati ini~

sekadar coretan... pabila hati berkata-kata dan meluah rasa..

Sunday 19 June 2011

hanya dia...

Entah kenapa hati ini tidak pernah melupakan dia.. Tiap hela nafas, tiap detik hanya merindukan dia.. Mungkin kerana dia adalah cinta padaku.. Mungkin kerana terlalu sayang dia dan aku..

3 tahun dia meninggalkan aku, tidak sedikit pun melunturkan kasih dan cintaku padanya.. Namun, apa yang aku tahu, dunianya dan duniaku kini berbeza... Kenangan bersamanya akan tetap utuh walaupun kisah kita hanya sementara..

Mungkin adakah ruang lagi untuk cinta yang lain? Aku sendiri tidak dapat memastikannya.. Air mata ini masih belum kering tiap kali aku mengingati dia... Aku tahu, aku tidak harus terus bersedih.. Aku perlu redha..

Namun, apakan daya.. Aku insan biasa yang kesepian bila cintaku itu pergi buat selamanya.. Adakah lagi peluang untukku bertemu dengannya? Aku tidak tahu.. Mungkin di dunia yang berbeza? hanya Allah yang mengetahuinya... Yang aku pasti, sayangku ini masih padanya..

Ya Allah, aku tahu, berdosa bagiku jika mendustakan takdir-Mu.. Namun ya Allah, hatiku ini masih terlalu kerdil dan lemah untuk menghadapi setiap ujian-Mu.. aku merayu pada-Mu ya Allah, bantulah aku.. Cekalkanlah hatiku.. Bimbinglah aku ya Allah... hidupku perlu diteruskan, aku punya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.. Ya Allah, perkenankanlah doaku.. Amin..~

No comments:

Post a Comment