~hati ini~

sekadar coretan... pabila hati berkata-kata dan meluah rasa..

Wednesday 22 June 2011

dia, aku dan keliru..

dia lagi..
masih mengharapkah dia? walaupun hati ini masih belum terbuka untuknya, dia masih di situ.. mungkinkah masih menunggu? kejamkah aku membiarkan dia terus di situ? tapi.. yakinkah dia bahawa aku yang dia cari? pastikah dia bahawa aku yang dia harapkan? atau.. dia hanya diam di situ berfikir..melayan perasaan? sedang dalam hatinya sendiri tidak pasti?..

aku?
masih dengan keputusanku.. belum berubah.. entah bila akan berubah..? benar, tiada gunanya mengenang kisah lalu.. tapi, entah kenapa hatiku masih begitu.. teguh dan utuh cintaku pada yang telah meninggalkanku... apakah aku risau akan pudar cinta dahulu jika ada yang baru? mungkin....

keliru..
perasaan itu terus bertamu.. aku masih tidak pasti.. masih keliru.. sukar bagiku..
harapanku..
jika benar dia untukku, bukakanlah jalan itu.. moga cahaya-Mu akan menerangi jalan itu..
namun, jika dia bukan untukku, atau mungkin tiada lagi cinta yang lain untukku,
aku tetap redha..
sesungguhnya, hanya Engkau Maha Mengetahui..

No comments:

Post a Comment